Peristiwa

Majlis Menandatangani Perjanjian antara SJKP Bhd dengan MIB

 

Pada 26 November 2010, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di antara Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Bhd) dengan Maybank Islamic Berhad (MIB). Majlis tersebut telah diadakan di Pejabat SJKP Bhd, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, ditandatangani oleh En. Fazlur Rahman Ebrahim (Pegawai Utama / Pengarah SJKP Bhd) dan En. Ibrahim Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif MIB). MIB merupakan institusi kewangan yang ke-15 dan terkini yang telah menyertai skim ini.

Karnival Bank oleh DBKL / KWP / SJKP Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) MTEN dan Perumahan Awam (PA) DBKL

 

Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kesejahteraan Bandar (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjual 44,146 unit pangsapuri PPR MTEN dan PA DBKL di 37 buah lokasi kepada penyewa sedia ada. Semua unit tersebut akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah dan tidak tetap dapat memiliki rumah di bandaraya Kuala Lumpur yang secara amnya telah melangkaui kemampuan penyewa-penyewa tersebut.

Seterusnya...

Majlis Menandatangani Perjanjian antara SJKP Bhd dengan Bank Islam dan BSN

 

Pada 15 Januari 2008, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan antara Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Bhd) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Auditorium Kementerian Kewangan, Putrajaya sempena perlantikan kedua-dua bank bagi penawaran skim ini kepada umum.


Kalkulator Pembiayaan Perumahan

RM
Tahun
%
RM tahun
%
RM tahun
RM tahun
RM sebulan
**Sila rujuk institusi kewangan anda untuk ansuran bulanan sebenar.