BPEX Tawar Pelbagai Insentif Memiliki Kediaman Sendiri

Sumber Kini, 03 November 2023

PETALING JAYA: Pameran Harta Tanah Bumiputera Lembah Klang (BPEX) bertemu kembali dengan menawarkan pelbagai insentif kepada pengunjung termasuk mereka yang tidak memiliki slip gaji untuk memiliki kediaman idaman sendiri.

Pameran BPEX dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara hartanah MMC Sdn Bhd berlansung di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) Kuala Lumpur selama dua hari bermula 4 hingga 5 November 2023.

Pengarah Urusan MM, Datuk Nor’ashikin Taib berkata, Expo BPEX kali ini memfokuskan penjualan rumah mampu milik sekitar RM300,000 di Lembah Klang.

“Selain penjualan rumah pelbagai bantuan daripada agensi kerajaan terlibat khususnya kepada pembeli bumiputera.

“Dengan niat mahu membantu bumiputera yang masih belum memiliki rumah, maka kami sekali lagi melaksanakan pameran Expo BPEX ini,” katanya kepada SUMBERKINI, baru-baru ini.

Majlis pelancaran BPEX  bakal disempurkan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah.

Menurut Nor’ashikin, antara keistimewaan yang ditawarkan ialah insentif pengecualian duti setem 100 peratus bagi rumah RM500,000 dan ke bawah.

Selain duti setem, jelasnya, pembeli rumah boleh mendapatkan insentif kerajaan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“insentif ini dijangka menarik perhatian para pembeli terutamanya mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai slip gaji,” ujarnya.

“Penjaja dan golongan yang tidak mempunyai slip gaji boleh mendapatkan sokongan daripada penghulu,” ujarnya.

Tambahnya, surat sokongan yang dikeluarkan penghulu akan menyatakan semua butiran yang diperlukan pihak bank yang menyokong skim SJKP.

“Seramai 50 pemaju perumahan terkemuka akan memberi tawaran menarik yang tidak harus dilupakan,” ujarnya

Pameran BPEX sebelum ini diadakan pada 27 hingga 28 Mei lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan pemaju.

 

(Web source: https://sumberkini.my/bpex-tawar-pelbagai-insentif-memiliki-kediaman-sendiri/)