Cari Idea Hiasan Dalaman Di Expo Rumah BPEX
Sumber Kini, 24 October 2023
(Gambar kecil) Mohd Amin Yusoff
PETALING JAYA: Khidmat pereka hiasan dalaman (ID) profesional penting dalam memberi nilai tambah bagi merealisasikan impian dekorasi eksklusif pada ruang kediaman.
Pengasas Mamyhome Interior Design Sdn. Bhd, Mohd Amin Yusoff berkata, khidmat pereka hiasan dalaman sentiasa diperlukan kerana ada sahaja golongan yang mahukan hiasan dalaman menarik, praktikal serta mampu memuaskan hati mereka.
Katanya, dengan khidmat ID daripada pelbagai pihak membantu menyelesaikan masalah mana-mana individu tanpa menganggu rutin harian mereka.
“ID tidak penting untuk sesetengah orang, tapi ia sangat penting bagi sesetengah orang.
“Apakah maksud dua cabang ini? ID tidak penting jika pemilik rumah ada masa urus hiasan dalaman rumah, tapi pentingnya ID ini kepada golongan berkarier, golongan profesional, mereka sangat memerlukan dan mementingkan ID sebab mereka perlukan sokongan, bantuan untuk selesaikan masalah renovasi supaya mereka boleh fokus kerjaya mereka, ini dua segmen berbeza,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Podcast sempena Ekspo Rumah BPEX 2023 di studio Sumberkini.
Pengasas Mamyhome Interior Design Sdn. Bhd, Mohd Amin Yusoff
Maklumat mengenai ID ini juga boleh didapati dalam slot ‘Istimewa bersama Mohd Amin’ dalam sesi Seminar Hartanah: Bagaimana Jual Rumah Yang Susah Nak Jual? pada 4 November 2023, jam 4 petang.
Semuanya dalam Pameran Expo Rumah BPEX pada 4 hingga 5 November ini pada jam 11 pagi hingga 9 malam, bertempat di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) Kuala Lumpur.
Bagi anda yang masih meninjau untuk memiliki rumah boleh terus datang untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan. Istimewanya, pameran ini turut memfokuskan kepada penjualan rumah mampu milik sekitar Kuala Lumpur dengan 50 pemaju perumahan terkemuka, bank ternama dan juga pakar kewangan.
Expo ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) dan Home Ownership Program (Hope), kedua-duanya di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
(Web source: https://sumberkini.my/cari-idea-hiasan-dalaman-di-expo-rumah-bpex/)