Dewan Rakyat: KPKT teliti skim pembiayaan bantu golongan sasar miliki rumah

Kosmo, 8 Mac 2023

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapati terdapat sebanyak 18 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang sedang dibina di seluruh negara dikategorikan sebagai projek sakit atau bermasalah.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pasukan khas yang diwujudkan oleh kementerian bagi mengenal pasti projek rumah lewat, sakit dan terbengkalai telah menyasarkan 10 projek daripada projek sakit itu dapat diselesaikan dalam tempoh setahun.

“Namun begitu ia bergantung kepada situasi atau keadaan semasa termasuk soal tenaga kerja, kelulusan di peringkat Kerajaan Tempatan mahupun daripada utiliti dari segi komitmen.

“Menerusi pasukan khas ini, kementerian bukan sahaja dapat memantau rapi rumah lewat, sakit dan terbengkalai yang dibina atau diusahakan agensi atau

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti untuk memperbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar, khususnya B40, untuk memiliki rumah.

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di 14 PPR seluruh negara ditawarkan sejak diperkenalkan pada 2017 untuk membantu pemilik rumah B40 memiliki kediaman.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 4,690 keluarga telah ditawarkan skim RTO PPR di seluruh negara dan masih berbaki 1,376 unit rumah yang belum ditawarkan.

“KPKT juga ketika ini sedang meneliti untuk mempelbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar untuk memiliki kediaman mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, bagi membantu pembeli rumah pertama, Akmal berkata KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).

Jelasnya lagi, salah satu program di bawah inisiatif berkenaan adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig. – KOSMO! ONLINE.

 

(Web source: https://www.kosmo.com.my/2023/03/08/dewan-rakyat-kpkt-teliti-skim-pembiayaan-bantu-golongan-sasar-miliki-rumah/)