Keutamaan tingkat bawah PPR untuk OKU – KPKT

Berita RTM, 13 Disember 2023


Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Sebanyak satu etika pengisian Program Perumahan Rakyat (PPR) diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), selain keutamaan bagi pengisian di tingkat bawah.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata komitmen itu dizahirkan demi membela etik rakyat dengan menyediakan inisiatif pembiayaan untuk menggalakkan pemilikan rumah termasuk bagi golongan berkenaan.

“Bagi tujuan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama, etikan menyediakan inisiatif i-Biaya yang menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“Inisiatif SJKP ini menyediakan jaminan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti golongan economi gig termasuk OKU,” kata Aiman Athirah etika menjawab pertanyaan Senator Isaiah D Jacob di Dewan Negara di sini.

SJKP menyediakan jaminan RM5 bilion nilai pinjaman dan inisiatif yang ditambah baik menerusi pengumuman Ekonomi MADANI, dengan tambahan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion.

 

(Web source: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/keutamaan-tingkat-bawah-ppr-untuk-oku-kpkt)