Rumah Kuota Bumiputera Di Selangor Dapat Sambutan

Sumber Kini, 05 November 2023

a

KUALA LUMPUR: Tiada lambakan rumah bagi  kuota Bumiputera di Selangor, kata Exco Perumahan Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah.

Borhan berkata, kuota Bumiputera adalah syarat yang harus dipenuhi bagi setiap projek perumahan dan pemaju diingatkan untuk mempelbagaikan kaedah promosi bagi memastikannya terjual.

Katanya, para pemaju perlu memikirkan mekanisme bijak bagi menarik pembelian kuota Bumiputera.

“Kita tiada isu lambakan kuota bumiputera sebenarnya, nampaknya dapat sambutan yang menggalakkan.

“Cuma saya sebut tadi ada beberapa perkara iaitu mereka tidak dapat informasi yang betul, yang tepat, sebab itu mereka anggap di Selangor tiada rumah bumiputera, sebenarnya masih ada lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau reruai Ekspo Rumah BPEX 2023, di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

Borhan berkata, BPEX dilihat sebagai sebuah agensi atau platform yang menyediakan khidmat nasihat berkaitan kewangan bagi pembelian rumah.

“Jadi, walaubagaimanapun usaha ke arah ini kita telah diusahakan, Satu lagi masalahnya kewanganlah, masalah pinjaman yang susah nak dapat, jadi saya tengok tadi ada pihak koperasi yang boleh bantu.

“Jika mereka ada masalah CTOS ke, kebankrapan ke, dan satu lagi pinjaman dari kerajaan yang boleh menyemak harga rumah sesuai dengan pendapatan.

Ekspo Rumah BPEX 2023 Yang berlangsung bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan dari para pengunjung yang hadir.

Pameran ini Expo ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) dan Home Ownership Program (Hope), kedua-duanya di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

(Web source: https://sumberkini.my/rumah-kuota-bumiputera-di-selangor-dapat-sambutan/)