Rumah pertama: Jaminan biayaan sehingga 120% dari harga rumah maksimum RM300,000
Buletin TV3, 27 Julai 2023
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan mendengar keluh kesah rakyat berkaitan hasrat untuk memiliki rumah pertama yang tertangguh kerana tidak mampu menyediakan deposit pembelian rumah.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.
”Jaminan 120 peratus akan membolehkan semua kos-kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabut dan kos ubahsuai”, ujarnya.
Justeru, jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan.
Beliau berucap sempena Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.
(Web source: https://www.buletintv3.my/nasional/rumah-pertama-jaminan-biayaan-sehingga-120-dari-harga-rumah-maksimum-rm300000/ )