Tabung Perumahan Inovasi BPEX Permudah Urusan Beli Rumah

Sumber Kini, 25 October 2023

 

(gambar kecil) Franciss Chin

PETALING JAYA: Tabung Perumahan Inovasi dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah yang memiliki masalah hutang kad kredit untuk miliki rumah sendiri.

Pengasas Chartered Fin Consultant, Franciss Chin berkata, baki kad kredit yang tinggi menyukarkan golongan ini membeli rumah, kerana pihak bank sukar memberi pinjaman. Bagaimanapun dengan adanya inisiatif ini, mereka berpeluang membeli rumah idaman.

“Tabung Perumahan Inovasi BPEX Bandaraya melalui Koperasi Bandaraya Maju Berhad akan membantu menyelesaikan semua baki kad kredit pembeli sehingga RM20,000.

“Jika Koperasi Bandaraya Maju Berhad menyelesaikan baki kredit kad, pembeli boleh menikmati penjimatan RM1,000.

Beliau yang juga penasihat kewangan bertauliah berkata, dengan bantuan yang diberikan ini sekali gus  memudahkan pembeli rumah untuk berurusan dengan pihak bank.

Beliau berkata demikian ketika sesi Podcast sempena Ekspo Rumah BPEX 2023 di studio Sumberkini.

Maklumat mengenai cara memiliki rumah ini juga boleh didapati dalam slot ‘Istimewa bersama Franciss Chin’ dalam sesi Seminar Hartanah: Bagaimana Anda Boleh Memiliki Rumah Impian Anda Melalui Tabung Perumahan Inovasi BPEX Bandaraya pada 4 dan 5 November, jam 2 petang.

Bagi anda yang masih meninjau untuk memiliki rumah boleh terus datang untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan. Istimewanya, pameran ini turut memfokuskan kepada penjualan rumah mampu milik sekitar Kuala Lumpur dengan 50 pemaju perumahan terkemuka, bank ternama dan juga pakar kewangan.

Expo ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) dan Home Ownership Program (Hope), kedua-duanya di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

 

 

(Web source: https://sumberkini.my/tabung-perumahan-inovasi-bpex-permudah-urusan-beli-rumah/)