Bank Negara perlu lihat semula model pembiayaan pemilikan rumah, kata PM
The Malaysian Insight, 10 February 2022
BANK Negara perlu melihat kembali model pembiayaan perumahan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 dan M40 selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah, kata Ismail Sabri Yaakob.
Perdana menteri berkata perkara itu antara yang dicapai pada mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikannya bagi membincangkan dan menyelaras hala tuju perancangan, penyelarasan serta pemantauan bagi penyediaan rumah mampu milik (RMM) di seluruh negara selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah, hari ini.
(Web source: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/366175)