Galeri
Majlis Menandatangani Perjanjian antara SJKP dengan BMMB
Pada 22 Oktober 2019, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di antara Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Majlis tersebut telah diadakan di ibu bejabat BMMB di Kuala Lumpur dan telah ditandatangani oleh En. Azlan Mohd Agel (Pengurus Besar, Prokhas Sdn Bhd) dan En. Zury Rahimee Zainal Abiden (Pengarah Perbankan Runcit BMMB). Majlis menandatangani perjanjian itu telah disaksikan oleh Pegawai Utama SJKP, Mr. Chen Yin Heng bersama Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, En Khairul Kamarudin. BMMB merupakan institusi kewangan terkini yang telah menyertai skim ini.