Berita Ringkas Dewan Rakyat: 5 Feb

Bernama Malay, 5 Februari 2025

14,921 RUMAH MAMPU MILIK DILULUSKAN DI SARAWAK SETAKAT SEPTEMBER 2024

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak 14,921 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah diluluskan di Sarawak setakar 30 Sept lepas, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4,566 unit telah siap dibina, 7,703 unit dalam pembinaan dan baki 2,652 unit masih di peringkat perancangan.

"RMM di Sarawak turut merangkumi 12 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) atau Program Residensi Rakyat (PRR) untuk golongan B40, melibatkan 5,452 unit rumah," katanya menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) yang ingin tahu usaha kementerian menangani isu perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah di Sarawak pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Walaupun program MyHome ditamatkan, katanya pemberian subsidi perumahan masih diteruskan menerusi inisiatif i-Biaya yang merupakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), dengan 1,881 permohonan pinjaman perumahan diluluskan di Sarawak.

-- BERNAMA

 

(Web source: https://www.bernama.com/bm/news.php/sukan/jenayah_mahkamah/nnews.php?id=2389620)