Lebih 65,000 terima manfaat SJKP hingga 31 Ogos lepas
Utusan Borneo, 13 November 2024
Aiman Athirah pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 65,818 peminjam menerima manfaat Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang memberi jaminan pembiayaan hingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama sepanjang pelaksanaan SJKP setakat 31 Ogos lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata bagi tempoh itu, permohonan pinjaman SJKP di bawah inisiatif i-Biaya bernilai RM14.975 bilion telah diluluskan.
"Di bawah Belanjawan 2025, jaminan tambahan RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Step-Up Financing akan diteruskan menjadikan keseluruhan jaminan pembiayaan di bawah SJKP sebanyak RM30 bilion," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) mengenai dasar dan strategi kerajaan menangani masalah kenaikan harga hartanah dan kekurangan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah.
(Web source: https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/13/lebih-65000-terima-manfaat-sjkp-hingga-31-ogos-lepas)