SJKP, rakyat lebih berpeluang miliki kediaman

Berita RTM, 27 July 2023

JOHOR BAHRU, 27 Julai- Penambahbaikan skim pinjaman menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), mewujudkan peluang kepada rakyat untuk membeli kediaman mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata penambahbaikan itu memberi manfaat kepada rakyat yang sebelum ini terhalang untuk mendapatkan rumah pertama, sekali gus menyebabkan hasrat tertangguh.

"Jadi yang kita harapkan supaya skim sedemikian rupa, SJKP ini disambut baik oleh pihak kerajaan negeri untuk kita bersama-sama dengan pihak peminjam, pihak bank supaya jaminan ini kita gunakan, kita sudah letak RM5 billion supaya kita dapat memanfaatkan daripada skim SJKP ini," katanya.

(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Beliau ditemui pemberita selepas Merasmikan Expo Hartanah Negeri Johor 2023 di Plaza Angsana, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI, mengumumkan SJKP akan ditambah baik dengan menyediakan jaminan pembiayaan hingga 120 peratus daripada harga rumah bernilai RM300,000.

 

(Web source: https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/68184-sjkp-rakyat-lebih-berpeluang-miliki-kediaman)