TERKINI: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)

Harian Metro,  31 July 2025

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ia satu hala tuju yang bakal memacu rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

RMK13 bertemakan 'Melakar Semula Pembangunan', disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus untuk mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan yang dipinggirkan.

Mekanisme pemantauan RMK13 akan ditambah baik melalui Sistem Pemantauan PPD, manakala struktur tadbir urus RMK13 pula akan digerakkan secara berperingkat, sehinggalah pelaporan ke Jemaah Menteri.

Had umur persaraan wajib akan diteliti semula untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua.

Bagi meningkatkan penyertaan warga emas, Orang Asli dan OKU dalam pasaran kerja, sokongan dan latihan yang mencukupi akan diberikan melalui program Akademi Dalam Industri (ADI), Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan insentif kepada majikan.

Sebanyak RM430 bilion akan diperuntukkan pada 2026 hingga 2030 untuk membiayai pelaksanaan program dan projek pembangunan kerajaan Persekutuan

Dalam RMK13, inisiatif akan diteruskan untuk memperluas fasiliti dan kapasiti pendidikan khas kepada golongan rentan ini di seluruh negara.

Bagi menyokong peningkatan kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja kepada 60 peratus, termasuk ibu yang mempunyai anak kecil, pusat penjagaan yang berkualiti akan diperluas dan latihan bersesuaian akan disediakan

Agenda nasional KASIH Keluarga Negara yang berteraskan pembentukan insan MADANI akan dilaksanakan bagi memperkukuh institusi kekeluargaan

Sebanyak RM61 bilion akan diperuntukkan untuk pelaksanaan projek pembangunan di bawah kerjasama awam swasta (PPP) pada 2026-2030

Kadar gaji minimum harus diperluas kepada graduan, pekerja separa mahir, lepasan TVET di bawah Kod MASCO 8 dan ke atas

Pertumbuhan sektor pembuatan diunjurkan meningkat 5.8 peratus setahun pada 2026-2030

Tumpuan akan diberikan kepada memperkukuh integrasi ekonomi melalui FTA dan menyambung semula rundingan Malaysia-Kesatuan Eropah

Kemudahan awam dipertingkat bagi masyarakat Cina dan India termasuk wanita, belia dan warga emas

Kadar purata inflasi dijangka berkembang antara 2.0 hingga 3.0 peratus setahun pada 2026-2030

Insentif perlindungan sosial dan faedah akan disediakan kepada penjaga, pekerja perkhidmatan Penjagaan Jangka Panjang

Akta Orang Asli 1954 akan disemak semula, tambah baik perlindungan hak dan darjat komuniti

Kerajaan ingin beranjak daripada konsep penyelesaian berasaskan kaum kepada keperluan sebenar

Sejuta unit rumah mampu milik akan dibina Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, pemaju swasta dari 2026 hingga 2035

Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat dikuatkuasakan lebih menyeluruh galak automasi, mekanisasi dan pengambilan pekerja tempatan

Malaysia dijangka jadi negara tua seawal 2043, Rangka Tindakan Penuaan digubal

Sehingga tahun 2025, 180,000 unit rumah telah siap, 235,000 lagi sedang dibina kerajaan

Sebanyak RM20 bilion diperuntukkan untuk 103 projek tebatan banjir seluruh negara

Rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan kebangsaan akan dibangunkan tangani isu keperluan sumber manusia

RUU Perubahan Iklim Negara akan diwarta, sistem amaran awal berasaskan AI diperkenal

Sektor kesihatan akan terima peruntukan RM40 bilion dalam tempoh RMK13

Kecekapan pusat pengumpulan, pemprosesan, penggredan, pengedaran, sektor peruncitan kecil, sederhana akan diperkukuh, tambah baik rantaian bekalan makanan negara

Cukai pro-kesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol

Kerajaan mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga bersih yang berdaya saing dan selamat

Projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Kolok, jaringan jalan raya di sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan, Indonesia, RTS Link, Pelabuhan Darat Perlis akan diteruskan.

Inisiatif Kota MADANI akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik

Penghasilan produk makanan dalam negara akan dipertingkat, khusus pembangunan berskala besar di Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak

Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Skim Sewa untuk Beli akan diperluaskan

SPM kekal penanda aras sistem pendidikan; kualiti dipacu setanding Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)

Kerajaan sasar wajibkan prasekolah usia 5 tahun, tambah kemudahan di kawasan desa

Pembinaan sekolah dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar baharu

Perkhidmatan pengangkutan awam yang bersepadu di bandar utama akan terus ditambah baik

RMK13 sasar meningkatkan nilai eksport halal kepada RM80 bilion, sumbangan industri halal kepada KDNK ditingkatkan kepada 11 peratus menjelang 2030

Kelantan, Pahang dan Terengganu dipacu sebagai hab pengeluaran makanan negara

Sebanyak 200 Kampung Angkat dan 1,000 Sekolah Angkat MADANI disasar bantu komuniti akar umbi

Kerajaan akan mengukuhkan ekonomi hijau melalui pelbagai inisiatif dalam RMK13

Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan OKU serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar akan diteruskan

Sumbangan STR dan SARA akan diteruskan

Penawaran program TVET diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat MADANI yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal.

Kerajaan komited naik taraf lebuh raya dan 2,800 km jalan luar bandar

Pelaburan strategik syarikat penerbangan tempatan akan ditingkatkan, 178 perolehan pesawat baharu, penambahan perkhidmatan penerbangan akan dilaksana

Kerajaan komited mempercepat pembangunan industri unsur nadir bumi dengan kerjasama kerajaan negeri

Malaysia sasar tingkatkan campuran kapasiti terpasang negara kepada 35 peratus menjelang 2030 daripada 29 peratus setakat ini

Pelaburan impak tinggi diperluas ke luar kawasan tumpuan utama, seimbang kemajuan ekonomi wilayah

Suruhanjaya Data akan diwujudkan bagi mengawal selia data negara.

Kerajaan komited pacu pertumbuhan ekonomi jingga melalui industri kreatif digital berpotensi tinggi, yang menjana pendapatan RM6.3 bilion

Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan

Malaysia sasar nilai eksport produk E&E menghampiri RM1 trilion menjelang 2030

Pelaksanaan NIMP 2030, NSS dan NETR akan dipergiatkan dalam RMK13 bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan

Kerajaan akan perkenal Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET

Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 akan memacu pembangunan bakat, penyelidikan dan pengkomersialan teknologi untuk menyokong adaptasi AI secara meluas

Tahun Melawat Malaysia 2026 akan menjadi pemangkin penting ke arah mencapai sasaran sumbangan 16 peratus sektor pelancongan kepada KDNK sepanjang RMK13.

Inisiatif Special Tourism Investment Zone (STIZ) akan jadi pemangkin penciptaan produk pelancongan baharu berasaskan aset seni, budaya, warisan, alam semula jadi

Industri pelancongan kembali segar, akan terus diberi perhatian, perbelanjaan pelancong asing dalam negara melonjak kepada RM102.2 bilion pada 2024

Dalam RMK13, Malaysia menetapkan hala tuju untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam AI, teknologi digital dan tenaga boleh baharu, dengan aspirasi menjadi pemain global yang berpengaruh

Malaysia perlu bingkas menjadi peneraju teknologi dan pengeluar produk serta perkhidmatan 'Made by Malaysia' yang bertaraf dunia menjelang 2030

Sebanyak 95 peratus perkhidmatan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menjelang 2030.

Menjelang 2030, Malaysia beraspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia

Strategi kepercayaan digital akan dilancar, teknologi komunikasi kuantum diteroka, bagi memastikan keselamatan ekosistem digital negara

e-Syariah dan perekodan prosiding akan diperkasa, bagi memudahkan urusan rakyat dan peguam syarie

Bagi menjayakan RMK13, peruntukan pembangunan daripada kerajaan dianggarkan berjumlah RM430 bilion dengan RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi

Bagi memperluas adaptasi AI, kerajaan sasar jaringan 5G capai 98 peratus liputan di kawasan berpenduduk, perindustrian, desa menjelang 2030.

Dalam tempoh RMK13, defisit fiskal kerajaan persekutuan dijangka berkurang secara berperingkat di bawah 3 peratus kepada KDNK, paras hutang kerajaan tidak melebihi 60 peratus kepada KDNK

Malaysia sasar kedudukan 20 terbaik dunia dalam Online Service Index menjelang 2030

Infrastruktur digital akan ditambah baik bagi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi baharu, menarik pelaburan strategik dalam sektor pusat data

Eksport kasar negara dijangka meningkat sebanyak 5.8 peratus setahun dengan peluang perdagangan yang lebih luas

Dalam tempoh RMK13, pertumbuhan KDNK disasarkan antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, diterajui oleh permintaan domestik, terutama penggunaan dan pelaburan swasta

Kerajaan berada di landasan kukuh mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus dengan mengurangkan hutang baharu setiap tahun

Hampir tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, reformasi fiskal berjaya menurunkan defisit secara konsisten daripada 5.5 peratus pada 2022 dan disasar 3.8 peratus pada 2025

Sebanyak 95 peratus perkhidmatan kerajaan disasar dalam talian sepenuhnya menjelang 2030

Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita disasarkan meningkat kepada RM77,200 dalam tempoh RMK13

Pertumbuhan ekonomi Malaysia secara agregat dianggarkan meningkat sebanyak lima peratus setahun bagi tempoh 2021 hingga 2025

Kadar purata inflasi dijangka kekal stabil dalam lingkungan dua hingga tiga peratus setahun dalam tempoh RMK13

Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM1.29 trilion, meningkat pada kadar 23.1 peratus setahun

Ini termasuk peruntukan pembangunan daripada kerajaan sebanyak RM430 bilion, serta pembiayaan GLC dan GLIC sebanyak RM120 bilion.

Bagi menjayakan RMK13, pelaburan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan

Penambahbaikan tatakelola akan tumpu tiga aspek termasuk menginstitusikan kerajaan cekap dan berkesan

Usaha memperkukuh pentadbiran berteraskan integriti, kebertanggungjawaban mula menunjukkan hasil, Malaysia lonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025

RMK13 tumpu tiga kebijakan teras: menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tatakelola baik

Lima tahun akan datang tempoh kritikal lonjak ke arah negara berpendapatan tinggi, lahir rakyat berjiwa insaniah, sedia kehidupan berkualiti

Kerajaan berjaya menurunkan komitmen hutang baharu iaitu daripada sekitar RM99 bilion pada 2022 kepada RM76.8 bilion pada 2024

Kerajaan akan melakukan pembaharuan fiskal dan mengurangkan hutang baharu dalam belanjawan negara

Sebanyak 1,368 unit kuarters PDRM, 3,088 unit kuarters ATM siap dibina, tambahan 8,501 unit kuarters lagi sedang giat dalam pembinaan

Kerajaan sudah melaksanakan reformasi perundangan melalui penggubalan dan pindaan lebih daripada 80 undang-undang

Pelaksanaan subsidi bersasar seperti diesel, elektrik ditambah baik demi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasar

SPRM, Jabatan Audit Negara, MyCC turut diperkasa dalam usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa - PM Anwar

Presiden Trump memutuskan untuk mengumumkan kadar tarif esok

Presiden Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober.

DATUK Seri Anwar Ibrahim. FOTO Youtube Parlimen Malaysia.

  

(Web Source: https://www.hmetro.com.my/utama/2025/07/1246856/terkini-pembentangan-rancangan-malaysia-ke-13-rmk13)